KETURUNAN RAJA SURAN NEGARA AMDAN, DARAH RAJA MENURUNKAN ZURIAT KESULTANAN TRIBUWANA PALEMBANG, BENTAN, TEMASEK SERTA MELAKA KERAJAAN AKHIR ZAMAN.


ISKANDAR ZULKARNAIN salahsilah ke RAJA SURAN; salahsilah dan kisah sebuah Tribuana -
Palembang, Bentan, Temasek dan akhirnya Melaka.
RAJA SURAN adalah Raja negara Amdan di benua India, ayahandanya adalah Raja Tersi Berderas
dan bondanya adalah puteri kepada Raja Sulan, pemerintah Amdan. Mengikut lagendanya, Raja
Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain yang menurunkan zuriat di dalam kerajaan Mandakini [
sekarang di utara India, bersempadanan pergunungan Himalaya].
PERKAHWINAN RAJA SURAN [ lagendanya; menurunkan keturunan]• Permaisuri pertama berasal dari kerajaan Gangga Nagara di Bruas, Dinding, Perak bernama
Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara.
• Permaisuri kedua adalah Tuan Puteri Onang -Kiu.
• Permaisuri yang ketiga adalah Tuan Puteri Mahtab ul Bahri.
Keturunan RAJA DI PALEMBANG < BENTAN >TEMASEK sebelum tahun 1400 … bukan mitos atau lagenda.
Minangkabau [ Pagarruyung]; hasil perkahwinan dengan Tuan Putri Zaris Gangga Nagara di Dinding, Bruas [ sekarang Perak D.R], Raja Suran memperolehi
• putera bernama Sri Bijitram Shah , Raja Chandukani yang menurunkan pewarisan salah silah ketrunan Raja Raja Minangkabau Pagarruyung.
• Sri Paludatani, putera kedua dengan Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara, menjadi pengganti Raja Suran sebagai pemerintah negara Amdan.
• Sri Nila Thanam, putera ketiga dengan Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara menurunkan ketrunan pemerintah Kalingga di benua India.
Putera ke empat Raja Suran dari Permaisuri Mahtab ul Bahri, bergelaran RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMASENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA, baginda meninggalkan benua India dan mendarat di PALEMBANG dengan dua saudara lelakinya.
Baginda bertemu dengan Demang Lebar Daun [ seorang penguasa ketrunan rahsia alam ribuan tahun] di Palembang, perjanjian dilakukan dengan Demang Lebar Daun [salahsilah ketrunan Melayu Asli -Jakun-Sakai dll. di Palembang], bagi Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tribuwana
selaku putera Raja Suran menjadi Raja Tribuwana di Alam Melayu.
RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMA SENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA atau Sang Sapurba ini, kemudian berlayar ke BENTAN dan bertemu RATU PERMAISURI yang menjadikan Sang
Sapurba ini, sebagai anak angkatnya.
Sang Sapurba atau Paduka Sri Trimurti Tribuwana ini, berkahwin dengan 39 orang wanita, namun kesemua wanita tersebut mengalami ketulahan [ sakit kulit].
PERKAHWINAN isteri ke 40 [ wow !!], Sang Sapurba akhirnya bertemu jodoh dengan TUAN PUTERI
WAN SENDARI, puteri kepada Demang Lebar Daun, iaitu bekas pemerintah Sri Andalas, Palembang, bondanya adalah Tun Telanai dari Bentan.
Perkahwinan ini mendapat putera dan puteri, yakni:
• SRI MAHARAJA SANG MANIAKA berkahwin puteri Tanjung Pura
• SRI MAHARAJA SANG UTAMA BATARA SRI TRIBUWANA , pengganti Sang Sapurba
• PUTERI CHANDRA DEWI menikahi Putra Asmara Ningrat, cucunda Batara Majapahit di Jawa, menurunkan Radin Inu Merta Wangsa, Raja Majapahit dan ketrunan raja-raja Majapahit PUTERI SRI DEWI.
Raja Majapahit dengan Raja Melaka saudara mara rupanya, keturunan RAJA AFTAB UL ARD SRI NILA PAHLAWAN SRI MAHARAJA ‘SANG SAPURBA’ NILA PAHLAWAN SANG SRI PRABHU DHARMASENA TRIBUWANA PADUKA SRI TRIMURTI TRIBUWANA
TAHUN 1324 – 1372 Masihi,putera Sang Sapurba menggantikan ayahandanya, putera ini adalah SRI MAHARAJA SANG UTAMA PARAMESWARA BATARA SRI TRIBUWANA atau lebih dikenali sebagai ; Parameswara.
Baginda memindahkan pusat pemerintahan dari Bentan ke Temasek, dalam anggaran tahun 1324.
Parameswara berjaya mengalahkan pemerintah Temasek dan menamakan pulau itu sebagai SINGAPURA.
Memerintah Singapura selama 48 tahun [ anggaran], di sahkan sebagai pemerintah Singapura oleh Maharaja China Dinasti MING.
Mengahwini Radin Ratna Chandra Puri, puteri Ratu Sakadar Shah Wan Sri Bini Benian, Raja Perempuan Bentan dan Raja Ishar Shah, yakni cucunda Ratu Permaisuri Iskandar Shah, permaisuri Raja Bentan.
Baginda mangkat pada tahun 1372, meninggalkan zuriat :
PADUKA SRI BIKRAMA WIRA DI RAJA, sebagai Raja Singapura -Temasek, menggantikan ayahandanya pada tahun 1372 Masihi.
RAJA KECHIL MUDA , mengahwini Radin Lasmi Puri, cucunda sepupu Demang Lebar Daun.
TAHUN 1372 – 1386 Masihi;PADUKA SRI BIKRAMA WIRA DI RAJA atau bergelaran Raja Kechil Besar, putera sulung Parameswara. Menaiki tahta menggantikan ayahandanya di Singapura-Temasek.
Mengahwini TUAN PUTERI NILA PANJADI, ketrunan Raja Suran dan merupakan puteri kepada Raja Jambuga Rama Mudiliar, Raja Besar benua Kalingga, India.
Baginda mangkat pada tahun 1386 di Singapura-Temasek dan meninggalkan seorang putera bernama :
PADUKA SRI RATNA WIRA VIKRAMA DI RAJA atau Raja Muda
TAHUN 1386 – 1399 Masihi;PADUKA SRI RATNA WIRA VIKRAMA DIRAJA PADUKA SERI RANA WIRA KERMA, sebagai pemerintah Temasek-Singapura.
Mengahwini puteri Tun Perpatih Permuka Berjajar dan mangkat pada tahun 1399, meninggalkan zuriat bernama :
++ DHARMARAJA atau lebih mashur sebagai PADUKA SRI MAHARAJA PARAMESWARA , pengganti ayahandanya dan merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
++ PUTERI DIRAJA , kemudiannya mengahwini Bendahara Sri Maharaja Indra Purba, anak Tun Perpatih Tulus, melahirkan ;
++++++ BENDAHARA SRI AMAR DI RAJA yang mengahwini TUN RATNA WATI, anak perempuan MANI PURINDAM,
++++++ SRI SAMARANG JAYA [ Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya], duta besar kerajaan MELAKA ke China pada 27 Julai 1412
++++++ JAYA DI RAJA [ Sai-ti-la-che], duta besar kerajaan Melaka ke China pada 20 September 1413
TAHUN 1399 -1413 MASIHI [ penubuhan MELAKA];PADUKA SRI MAHARAJA PARAMESWARA menaiki tahta di Temasek -Singapura pada tahun 1399.
Pada tahun sekitar 1401, memindahkan pemerintahan ke MUAR dan kemudiannya ke MELAKA.
Melawat Maharaja China pada 14 Ogos 1411 di bandar diraja Nanking, China dan tinggal selama tiga bulan, sebelum berangkat pulang ke Melaka, bersama hampir 500 orang pengikut baginda.
Mengahwini , saudara Batara Tumapel dari kerajaan Majapahit [ Jawa], bergelar RAJA PERMAISURI dan DEWI PUTERI, anak perempuan Tun Perpatih Tulus I.
Baginda mangkat di katakan di Bertam, Melaka.
Baginda meninggalkan zuriat .
Zuriat baginda adalah :
• SRI WANGSA DI RAJA [ Sa-li-wang-la-cha], sebagai duta kerajaan Melaka ke China pada 3 September 1418.
• pengganti baginda yakni anakanda bernama; PADUKA SRI RATNA ADIVIKRAMA DI RAJA
SERI RAMA ADI KERMA PADUKA SRI SULTAN ISKANDAR SHAH [ anakanda Dewi Puteri].
Selepas 1413, orang-orang Bugis dan Aru, dibawa masuk dan berpindah, serta berkhidmat sebagai tentera kerajaan Melaka.
Hubungan baik dengan kerajaan Siam, Majapahit dan China dijalinkan, agar Melaka selamat dari serangan kuasa tersebut.
PADUKA SRI SULTAN ISKANDAR SHAH , selepas tahun 1413, mengahwini PUTERI BUGIS, ANAK PEREMPUAN LAKSAMANA PERANG CHINA, PUTERI AL MALIKUL ZAHIR ABU ZAID SULTAN SAMUDRA PASAI dan anak perempuan Sang Rajuna Tapa.

Ulasan

adanial6990 berkata…
Salam saudara boleh saya tanya dari mana sumber saudara dapat tentang salasilah ni? dan betul ke raja2 ni smua keturunan dr gangga negara?