Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERJUANGAN

AIDILFITRI BERLANGSUNG MERIAH DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Sambutan Aidilfitri di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) berlangsung meriah dan penuh kesyukuran pagi ini 19 Julai 2012. Solat sunat Aidillfitri diadakan pada 8 pagi (waktu tempatan). Sebagaimana hari raya yang lepas, rumah Abdullah C.D. dipenuhi bekas perjurit yang datang menyampaikan ucapan selamat hari raya serta ampun maaf. Tapi sayangnya, Ibu Suriani tidak dapat ikut sama meraikan kedatangan kawan-kawan kerana keuzuran. Sebuah jamuan sederhana disediakan untuk seluruh penduduk. Di mimbar masjid sebelum solat sunat Aidilfitri dimulai, imam telah memberitahu bahawa jamuan ini disediakan oleh organisasai PKM untuk menambah kemeriahan Aidillfitri di kalangan bekas perajurit. Imam mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa Abdullah C.D. kerana masih mengambil perhatian kepada mereka walaupun sudah 23 tahun perdamaian berlalu. Menjelang lebaran, sebuah kad hari raya atas nama Abdullah C.D. dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 telah direkacipta dan dihantar kepada...

MISTERI PKM HARAM DAN PENGGANAS KOMUNIS

Imej
pejabat PKM di Kuala Lumpur sebelum darurat Sebelum 1948 PKM bukan pertubuhan haram Ada antara kita barangkali yang terlupa atau tidak tahu bahawa PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang "sah" atau halal; bukan pertubuhan haram. Meskipun sebelum tahun 1948 kebanyakan ahli dan pemimpin PKM memilih bergerak "di bawah tanah" dan hanya sebahagian saja yang mengenalkan diri secara terbuka, tetapi ibu pejabat PKM yang terletak di Kuala Lumpur adalah pejabat yang "terbuka" dan boleh dikunjungi oleh siapa saja. Sebelum tahun 1948 juga anggota PKM tidak dimomokkan dan dilabel sebagai pengganas.Tidak ada istilah pengganas komunis sebelum tahun 1948 Anggota PKM atau orang-orang komunis hanya dimomokkan sebagai pengganas dan sebagai orang-orang yang anti-Tuhan atau tidak beragama selepas tahun 1948 sebagai perang saraf penjajah Inggeris untuk menumpaskan perjuangan PKM. Kebetulan selepas berakhirnya Perang Dunia...

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Imej
                                                                                                                                  Selamat  Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir  batin  kepada   seluruh  rakan seperjuangan yang beragama Islam, kepada keluarga dan sanak saudara para pahlawan dan kesatria yang telah  gugur,  kepada  rakyat  revolusioner yang telah memberikan sokongan bernilai kepada perjuangan bersenjata revolusioner, kepada para tahanan politik ISA dan akta zalim seumpamanya, kepada pejuang-pejuang rakyat dan demokrasi generasi baru yang sedang  teguh  di pos perjuangan dan kepada se...

REJIMEN KE-10 TPNM

Imej
Hari ini pada 63 tahun yang lalu, tepatnya pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 telah dirasmikan di hutan Kerdau Daerah Temerloh, Pahang. Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan gerila Melayu, terdiri dari putera puteri kaum buruh dan tani Melayu yang inginkan kemerdekaan penuh tanah air dan pembebasan rakyat. Bapa Abdullah C.D. seorang anggota KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) adalah penaja dan pemimpin pasukan ini dari awal sampai akhir. Berikut adalah petikan tulisan beliau berkenaan penubuhan Rejimen Ke-10. Penubuhan Rejimen Ke-10  Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Rancangan untuk mendirikan pasukan gerila Melayu telah dirancang dan diperbincangkan dalam Sekolah Parti Kem Se-Malaya pada pertengahan Jun 1948 (lihat bab 35). Mengikut rancangan asal, di Temerloh akan didirikan satu kompeni dipimpin Kamarulzaman Teh, satu kompeni di Jerantut dipimpin Rashid Maidin dan saya mendir...