PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG? PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?
Salam. Mungkin perkara yang hendak saya
sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah
ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran
orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat
kajian tentang hubungan China dengan Negara-negara kota Melayu saya telah
terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan
Kunlun.
Sebelum saya meneruskan cerita mengenai
pendekar tersebut , perlu rasanya untuk saya menjelaskan satu istilah yang
penting.Kunlun adalah sebutan atau gelaran orang cina terhadap orang yang
berkulit gelap. Jika kita cari didalam kamus-kamus cina lama maka akan dijumpai
perkataan ini. Namun demikian, perkataan Kunlun ini pada awalnya bukanlah umum
bermaksud orang yang berkulit gelap. Hal ini kerana perkataan tersebut terbit
daripada sebutan cina terhadap raja yang memerintah kerajaan Funan dan
kerajaan-kerajaan di Semenanjung tanah Melayu yakni di bahagian timur.
Tidak diketahui bila bermulanya
perkataan Kunlun ini digunakan untuk menggambarkan setiap bangsa yang berkulit
gelap menggantikan bangsa Melayu. Sememangnya Kunlun adalah khas panggilan
orang china terhadap bangsa Melayu yang kemudiannya termasuk sekali bangsa
Khmer. Ada pihak-pihak tertentu yang ingin menafikan perkara ini dengan
mengatakan bahawa Kunlun merujuk kepada bangsa Negrito atau Afrika. Pada saya
pernyataan ini adalah tidak tepat, malahan kurang hujah serta bukti yang kukuh.
Orang Melayu sebagai Kunlun telah saya jelaskan sebelum ini bahawa ia bermula
daripada pelat orang-orang Cina menyebut gelaran raja-raja purba Melayu di
Indochina yang dipercayai sesetengah sejarawan sebagai kurung atau kulun atau
gunung! Iching dan Su Kung dalam buku pengembaraannya pernah menyatakan bahawa
bunga cengkih banyak ditanam di negeri Kunlun. Jadi tak mungkin Kunlun itu
Afrika. Manakala dalam kamus sanskrit China pada zaman Tang Kunlun bermakna
Dvipantara yakni Semenanjung Asia Tenggara!
Mengukuhkan lagi hujah ini, masyarakat
cina melalui catatan-catatan pengembara mereka turut merekodkan tentang
aktiviti pelayaran dan perkapalan serta perdagangan yang dijalankan oleh
orang-orang Kunlun. Turut direkodkan kehebatan kapal-kapal buatan orang-orang
Kunlun yang dipanggil sebagai Kunlun po. Perkara ini mengesahkan lagi bahawa
Kunlun adalah orang Melayu kerana orang Melayu memang mengamalkan aktiviti
kelautan sejak dari awal lagi. Pada zaman dinasti Tang juga ada direkodkan
bahawa seorang pedagang Kunlun yang membunuh gabenor Guangzhou kerana gabenor
itu cuba menipu dalam urusan perdagangan dengannya. Pada zaman dinasti Yuan
pula ada tercatat dalam buku sejarah China bahawa lokasi Kunlunguo atau
kerajaan Kunlun terletak di laut selatan dan lebih selatan dari Lin yi atau
Champa. Ternyata pernyataan ini menunjukkan Kunlun itu terletak di Semenanjung
Melayu.
Namun tidak saya nafikan bahawa memang
pernah wujud orang-orang Afrika yang dijadikan hamba dibawa ke China untuk
dijual. Kebanyakan hamba-hamba ini dimiliki oleh orang-orang asing yang
berniaga di China seperti di Xian dan Canton yang memang terdapat banyak
penempatan orang asing seperti Arab dan Parsi. Untuk mengatakan bahawa orang
negrito ini datang sendiri dan menetap di China adalah agak mustahil kerana
diketahui bahawa mereka adalah agak primitive berbanding bangsa lain terutama
dalam soal pelayaran dan perdagangan antarabangsa berbanding orang Melayu dan
Arab. Walaubagaimanapun mereka tetap digelar sebagai Kunlun oleh orang-orng
cina dan hal ini menyebabkan perkataan Kunlun bukan lagi khusus untuk bangsa
Melayu. ini menyukarkan dan mengelirukan ahli-ahli sejarah yang ingin mengkaji
tentangnya.
Perkataan Kunlun juga dikatakan berasal
daripada banjaran gunung yang berada di Tibet yakni Kunlun shan. Namun ada
pengkaji mendapati Kunlun juga panggilan orang-orang china bagi gunung yang
berada di Pulo Condor (baca pulau kundur). Sejak beratus tahun yang lampau
pulau ini telah dikenali para pedagang dengan nama tersebut yang terang-terang
adalah bahasa Melayu. Para pedagang china juga sering menamakan Asia Tenggara
terutama kepulauanya sebagai kunlun. oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa
orang kunlun merujuk kepada orang-orang Asia Tenggara.
Berbalik kepada persoalan pendekar
Melayu di china itu tadi sebenarnya tidak ada record sejarah yang betul-betul
dapat mengesahkan bahawa lelaki ini memang wujud pada zaman tersebut. Namun
demikian wujudnya Novel Kunlun Nu atau The Kunlun Slave yang dikarang pada
zaman dinasti Tang menunjukkan bahawa masyarakat China telah terdedah dengan
kedatangan atau kehadiran orang-orang bangsa Kunlun atau Melayu.
Dalam novel tersebut yang
berlatarbelakankan Kerajaan China dinasti Tang, wujud sebuah keluarga bangsawan
yang mempunyai seorang hamba berbangsa Kunlun. Dipendekkan cerita. Pada suatu
hari anak lelaki daripada keluarga bangsawan telah tertarik hati dengan salah
seorang perempuan istana atau puteri raja. Mereka telah tertearik hati
diantara satu sama lain dan jatuh cinta. Untuk bertemu dengan sang puteri atau
gundik tersebut si pemuda bangsawan terpaksa memanjat kota yang tinggi melebihi
20 kaki.
Dengan bantuan hambanya si orang Kunlun,
beliau telah berjaya melepasi tembok tersebut. Si pemuda telah membawa lari
perempuan istana tersebut dengan dibantu oleh hamba Kunlun. Hamba Kunlun ini
digambarkan mempunyai kuasa mistik. Dia dikatakan telah menggunakan kuasa
mistiknya bagi membunuh para pengawal Istana dan membawa lari si puteri dengan
cara terbang melepasi tembok dan melompat dari satu bumbung ke satu bumbung
bangunan yang lain (seperti dalam cerita-cerita kung fu). Si hamba juga dikatan
boleh menghilangkan diri dan mempunyai kuasa untuk menyembuh dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam perubatan.
Apa yang menariknya ciri-ciri hamba
Kunlun ini sama seperti gambaran orang Cina terhadap orang-orang Asia tenggara
atau Melayu. Orang cina menggelarkan orang-orang Kunlun sebagai bangsa yang
gasar dan berkulit gelap dengan rambut yang beralun atau kerinting. Seperti
yang telah kita bincangkan sebelum ini, Kunlun merujuk kepada orang Melayu.
Jadi persoalannya adakah hamba ini seorang Melayu? Saya berkesimpulan bahawa
dia memang seorang Melayu. Seperti yang kita tahu pada zaman dahulu lagi bangsa
Melayu memang mempunyai kehebatan dalam ilmu beladiri yang mistik. Kehebatan
untuk terbang dari satu pokok ke pokok oleh pendekar-pendekar Melayu pada zaman
dahulu sehinggalah zaman jepun kasih bermain di bibir masyarakat Melayu. Tetapi
adakah orang Afrika mempunyai kemahiran sebegitu. Jawapannya tentulah tidak.
Tidak ada dalam sejarah mereka ilmu mistik dan pertahanan diri sebegitu rupa.
Tetapi ilmu persilatan orang Melayu memang ada sejak beribu tahun lagi.
Ilmu-ilmu kebatinan orang Melayu memang sangat kuat diamalkan pada zaman
Hindu-buddha. Jadi adalah tidak mustahil jika saya katakan bahawa hamba Kunlun
tersebut adalah seorang Melayu yang tinggi ilmu kebatinannya.
Menurut sejaraawan China, novel tersebut
adalah diantara novel Wushia atau kependekaran yang terawal di China yang
membuka ruang kepada novel-novel dan cerita-cerita kependekaran yang lain di
china. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu terbang melayang seperti yang kita
sering lihat dalam filem-filem China sebenarnya berasas daripada cerita
pendekar Melayu yang tinggi ilmu batinnya. Dalam novel tersebut si hamba Kunlun
kemudiannya menghilangkan diri dan beberapa tahun kemudian dilihat menjual
ubat-ubatan di pasar. Jika kita telitikan dapat diketahui bahawa sebahagian
besar daripada rempah ratus dan ubat ubatan China adalah bersumberkan dari
hutan-hutan Asia Tenggara jadi tidak mustahil si hamba tersebut balik semula ke
kepulauuan Melayu dan menjadi pedagang. Satu lagi ciri yang dapat memberikan
gambaran bahawa si hamba Kunlun adalah seorang Melayu ialah nama beliau.
Namanya dalam pelat cina ialah Mole atau Mohe. Jika kita cuba padankan dengan
bahasa Melayu boleh jadi Molek atau Mula atau Malin. Tambahan lagi beliau juga
dikatakan sering membawa sejenis dagger atau pisau yang menjadi satu-satu
hartanya yang dibawa kemana-mana. Mungkinkah ianya keris?
Nampaknya kemisteriusan kisah ini hampir
sama seperti Kisah Henry The Black atau Panglima Awang. Namun persamaan
kedua-dua cerita ini adalah mereka tidak lain tidak bukan adalah dari
kepulauuan Melayu. Terpulang kepada anda samaada untuk menyetujui kesimpulan
saya yang meletakkan si hamba sebagai melayu atau tidak. Diharapkan anda
memberikan komen masing-masing dan mungkin pandangan lain tentang topik ini.
Sekian wallah hu a’lam.
Ulasan