Catatan

Jenis Jenis Sihir

Imej
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :- * Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia, * Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu, * Polong : Bagi menghisap darah mangsa * Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain. K...

Black Magic ( Sihir ) dan Illuminati

Imej
Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun. Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan tak ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari. Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya seg...

Sapu habuk dan sawang labah labah.

 Assalamualaikum...Bersua kembali dengan blog ni.. Lama x masuk..sapu habuk habuk dan sawang labah labah..huhu.. Insyaallah..Tahun 2021 ni hamba banyak nak tulis akan pengalaman hamba start hamba stop menulis blog ni dan sampai tahun 2021 ni..insyaallah..

Pulau Redang , Terengganu

Imej
jom kita tengok ape yang menarik di pulau redang... Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat. wahh...jernih glew air laut.... Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwart...

Taman Laut Pulau Payar, Kedah

Imej
Assalamualaikum semua...da lama x bukak blog ni...da byk no habuk dan sesawang...huhu..kali ni nk bercerita tentang taman laut pulau payar di kedah...yelah,skrg ni tengah mood nk g bercuti..so,ni antara tempat tempat yang bakal di jelajah r nie...kembara tengku mahkota balok...hehehehe... so kita tengok dulu camaner rupa tempat nie.... wahh...lawa giler siott....ni kita baca sedikit info tentang taman laut ni ek... Taburan pulau-pulau yang membentuk Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Langkawi. Dari sini, perjalanan ke taman laut terbaik di Pantai Barat Malaysia mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot, menjadikan ia tempat sesuai untuk dilawati. Taman laut yang meliputi beberapa buah gugusan pulau ini dijaga rapi. Taman laut Pulau Payar merupakan taman laut terbesar di antara pulau-pulau ini. Anda pasti tertarik dengan tambatan terapung yang terletak tak jauh dari Pulau Payar. Masuk ke dalam kebuk pemerhatian bawah laut untuk melihat hidupan laut yang dikelilingi te...

HUDUD TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN TEGAK MELALUI DEMOKRASI

Isu hudud nampaknya akan terus dimainkan oleh UMNO, dalam usaha melaga-lagakan musuh politiknya, PAS, agar kalau boleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berpecah sebelum pilihan raya umum yang ke-13 nanti. Sepatutnya UMNO sebagai parti pemerintah berusaha untuk menegakkan hudud kerana wajib ke atasnya untuk menerapkan hudud, ini tidak, isu hudud hanya dibangkitkan untuk memecahbelahkan parti lawan! Sejak dulu hingga kini, seribu satu alasan diberikan oleh UMNO untuk tidak menegakkan hudud, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar alasan yang boleh difikirkan oleh parti assabiyyah Melayu itu. Keadaan ini memberikan gambaran kepada kita betapa para pemimpin negara yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Islam terus menunjukkan kelancangan terhadap hukum Allah dengan mempermain-mainkannya, bukan menerapkannya. Apakah mereka tidak yakin dengan hukum Allah dan merasa mereka lebih bijak dari Allah SWT, sehingga pelbagai alasan diberikan untuk tidak menerapkan hukum Allah ini? Benarl...

ABDULLAH C.D.: MENUBUHKAN PAPERI

Imej
Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, berbagai aliran dan berbagai ideologi telah berganding bahu, mengenepikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam perjuangan bersama menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Berbagai aliran dan ideologi ini ialah nasionalisme, sosialisme, agama dan komunis. Golongan ideologi yang berlandaskan Islam juga besar peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sebelum darurat diisytiharkan, golongan ini pada pokoknya tergabung dalam Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak.  Dalam satu kongres Islam di Gunung Semanggol pada tahun 1947, berbagai pihak telah dijemput hadir. Saya juga dijemput atas nama PKM, Dr. Burhanuddin dan lain-lain atas nama PKMM, Boestamam atas nama API dan lain-lain lagi. Persidangan telah membincangkan masalah memperkuatkan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air daripada penjajah British. Akan tetapi, gabungan kekuatan yang memperjuangkan kem...