HUDUD TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN TEGAK MELALUI DEMOKRASI
Isu hudud nampaknya akan terus dimainkan oleh UMNO, dalam usaha melaga-lagakan musuh politiknya, PAS, agar kalau boleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berpecah sebelum pilihan raya umum yang ke-13 nanti. Sepatutnya UMNO sebagai parti pemerintah berusaha untuk menegakkan hudud kerana wajib ke atasnya untuk menerapkan hudud, ini tidak, isu hudud hanya dibangkitkan untuk memecahbelahkan parti lawan! Sejak dulu hingga kini, seribu satu alasan diberikan oleh UMNO untuk tidak menegakkan hudud, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar alasan yang boleh difikirkan oleh parti assabiyyah Melayu itu. Keadaan ini memberikan gambaran kepada kita betapa para pemimpin negara yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Islam terus menunjukkan kelancangan terhadap hukum Allah dengan mempermain-mainkannya, bukan menerapkannya. Apakah mereka tidak yakin dengan hukum Allah dan merasa mereka lebih bijak dari Allah SWT, sehingga pelbagai alasan diberikan untuk tidak menerapkan hukum Allah ini? Benarl...