Catatan

ibnu firnas

Imej
Orang Islam yang Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara Bukannya Wilbur dan Orville Wright Sebagaimana Sangkaan Kebanyakan Daripada kita.. Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibnu Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang. Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan. Ibnu Firnas atau nama sebenarnya, Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda, Sepanyol pada tahun 810 M. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi baru saat itu. Ilmuwan yang suka bermain muzik dan mengarang puisi ini hidup pada saat pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol (dulu bernama Andalusia). Masa kehidupan Ibnu Firnas sezaman dengan masa kehidupan...

susuk

APA KAH DIA SUSUK ???. Amalan memasukan sesatu bahan asing ke dalam badan untuk memdapatkan kelebihan. JENIS SUSUK. 1.Susuk Nyata. 2.Susuk Ghaib. JENIS SUSUK NYATA. 1.Susuk Emas ....paling Popular...untuk Pengaseh kecantikan. 2.Susuk Belian ...Kos Mahal. 3.Susuk Mutiara...Suara Merdu. 4.Susuk Geliga Buaya ...Penguat Syahwat.( biasa pelacur). 5.Susuk Besi/Susuk kuku beruang ...kebal. 6.Susuk Bunga ..Pengasehan. 7.Susuk Tulang Manusia..Biasa nya Orang Asli ...bolih melihat Alam Ghaib. 8.Susuk Buloh Perindu ...Pengaseh dan Kemerduan Suara. 9.Susuk Bulu Rusa ..Semangat Waja. 10.Susuk Raksa ..Kebal senjata tajam/besi. JENIS SUSUK GHAIB. Pengamalan Ayat dan Zikir Asma Ul Husna ...untuk tujuan tertentu. HUKUM SUSUK....Jenis no 1 ....Hukum nya...HARAM.                              Jenis No 2 ...Hukum nya HALA...

KETURUNAN RAJA SURAN NEGARA AMDAN, DARAH RAJA MENURUNKAN ZURIAT KESULTANAN TRIBUWANA PALEMBANG, BENTAN, TEMASEK SERTA MELAKA KERAJAAN AKHIR ZAMAN.

ISKANDAR ZULKARNAIN salahsilah ke RAJA SURAN; salahsilah dan kisah sebuah Tribuana - Palembang, Bentan, Temasek dan akhirnya Melaka. RAJA SURAN adalah Raja negara Amdan di benua India, ayahandanya adalah Raja Tersi Berderas dan bondanya adalah puteri kepada Raja Sulan, pemerintah Amdan. Mengikut lagendanya, Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain yang menurunkan zuriat di dalam kerajaan Mandakini [ sekarang di utara India, bersempadanan pergunungan Himalaya]. PERKAHWINAN RAJA SURAN [ lagendanya; menurunkan keturunan] • Permaisuri pertama berasal dari kerajaan Gangga Nagara di Bruas, Dinding, Perak bernama Tuan Puteri Zaris Gangga Nagara. • Permaisuri kedua adalah Tuan Puteri Onang -Kiu. • Permaisuri yang ketiga adalah Tuan Puteri Mahtab ul Bahri. Keturunan RAJA DI PALEMBANG < BENTAN >TEMASEK sebelum tahun 1400 … bukan mitos atau lagenda. Minangkabau [ Pagarruyung];  hasil perkahwinan dengan Tuan Putri Zaris Gangga Nagara di Dinding, Bruas [ sekarang Perak D.R], R...

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya) " ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami  para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam  syurga firdaus . Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah .. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." . Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah  mengetahui  saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormata...

Pahlawan Melayu yang Hilang – Si Bongkok

Imej
Baru ini, penulis ada berjumpa dengan sahabat dari selatan – Johor dan bersembang panjang, maklumlah dah lama tidak berjumpa. Mengetahui sahabat penulis juga pecinta sejarah Melayu, penulis sempat bertanyakan sejarah Melayu di Johor yang boleh dikongsi bersama. Antara yang menarik ialah Tanjung Puteri dan juga pahlawan Si Bongkok. Menurut versi sahabat, Si Bongkok ialah antara pahlawan tempatan yang menentang campur tangan  Inggeris  di Johor. Sebuah lagu rakyat Johor - Tanjung Puteri, liriknya ada disebutkan tentang  pusara Si Bongkok dilereng bukit . Penemuan pusara yang didakwa masyarakat setempat, pusara Si Bongkok dan diceritakan oleh  En. Abdul Latip Bin Talib , seorang pangarang buku dan juga ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan, menguatkan pahlawan Si Bongkok benar-benar wujud. Lagu - Tanjung Puteri Tajuk Johor Tanjung Puteri Selat Tebrau airnya biru Di Pantai Lido tepian mandi Sepanjang masa di hari ...

Kiyai Salleh – Tokoh Pejuang yang Menentang Komunis di Muar dan Batu Pahat, Johor

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji dam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut  belajar  daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor. Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis menggana...