Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

HUDUD TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN TEGAK MELALUI DEMOKRASI

Isu hudud nampaknya akan terus dimainkan oleh UMNO, dalam usaha melaga-lagakan musuh politiknya, PAS, agar kalau boleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berpecah sebelum pilihan raya umum yang ke-13 nanti. Sepatutnya UMNO sebagai parti pemerintah berusaha untuk menegakkan hudud kerana wajib ke atasnya untuk menerapkan hudud, ini tidak, isu hudud hanya dibangkitkan untuk memecahbelahkan parti lawan! Sejak dulu hingga kini, seribu satu alasan diberikan oleh UMNO untuk tidak menegakkan hudud, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar alasan yang boleh difikirkan oleh parti assabiyyah Melayu itu. Keadaan ini memberikan gambaran kepada kita betapa para pemimpin negara yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Islam terus menunjukkan kelancangan terhadap hukum Allah dengan mempermain-mainkannya, bukan menerapkannya. Apakah mereka tidak yakin dengan hukum Allah dan merasa mereka lebih bijak dari Allah SWT, sehingga pelbagai alasan diberikan untuk tidak menerapkan hukum Allah ini? Benarl...

ABDULLAH C.D.: MENUBUHKAN PAPERI

Imej
Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, berbagai aliran dan berbagai ideologi telah berganding bahu, mengenepikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam perjuangan bersama menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Berbagai aliran dan ideologi ini ialah nasionalisme, sosialisme, agama dan komunis. Golongan ideologi yang berlandaskan Islam juga besar peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sebelum darurat diisytiharkan, golongan ini pada pokoknya tergabung dalam Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak.  Dalam satu kongres Islam di Gunung Semanggol pada tahun 1947, berbagai pihak telah dijemput hadir. Saya juga dijemput atas nama PKM, Dr. Burhanuddin dan lain-lain atas nama PKMM, Boestamam atas nama API dan lain-lain lagi. Persidangan telah membincangkan masalah memperkuatkan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air daripada penjajah British. Akan tetapi, gabungan kekuatan yang memperjuangkan kem...

AIDILFITRI BERLANGSUNG MERIAH DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Sambutan Aidilfitri di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) berlangsung meriah dan penuh kesyukuran pagi ini 19 Julai 2012. Solat sunat Aidillfitri diadakan pada 8 pagi (waktu tempatan). Sebagaimana hari raya yang lepas, rumah Abdullah C.D. dipenuhi bekas perjurit yang datang menyampaikan ucapan selamat hari raya serta ampun maaf. Tapi sayangnya, Ibu Suriani tidak dapat ikut sama meraikan kedatangan kawan-kawan kerana keuzuran. Sebuah jamuan sederhana disediakan untuk seluruh penduduk. Di mimbar masjid sebelum solat sunat Aidilfitri dimulai, imam telah memberitahu bahawa jamuan ini disediakan oleh organisasai PKM untuk menambah kemeriahan Aidillfitri di kalangan bekas perajurit. Imam mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa Abdullah C.D. kerana masih mengambil perhatian kepada mereka walaupun sudah 23 tahun perdamaian berlalu. Menjelang lebaran, sebuah kad hari raya atas nama Abdullah C.D. dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 telah direkacipta dan dihantar kepada...

MISTERI PKM HARAM DAN PENGGANAS KOMUNIS

Imej
pejabat PKM di Kuala Lumpur sebelum darurat Sebelum 1948 PKM bukan pertubuhan haram Ada antara kita barangkali yang terlupa atau tidak tahu bahawa PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang "sah" atau halal; bukan pertubuhan haram. Meskipun sebelum tahun 1948 kebanyakan ahli dan pemimpin PKM memilih bergerak "di bawah tanah" dan hanya sebahagian saja yang mengenalkan diri secara terbuka, tetapi ibu pejabat PKM yang terletak di Kuala Lumpur adalah pejabat yang "terbuka" dan boleh dikunjungi oleh siapa saja. Sebelum tahun 1948 juga anggota PKM tidak dimomokkan dan dilabel sebagai pengganas.Tidak ada istilah pengganas komunis sebelum tahun 1948 Anggota PKM atau orang-orang komunis hanya dimomokkan sebagai pengganas dan sebagai orang-orang yang anti-Tuhan atau tidak beragama selepas tahun 1948 sebagai perang saraf penjajah Inggeris untuk menumpaskan perjuangan PKM. Kebetulan selepas berakhirnya Perang Dunia...

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Imej
                                                                                                                                  Selamat  Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir  batin  kepada   seluruh  rakan seperjuangan yang beragama Islam, kepada keluarga dan sanak saudara para pahlawan dan kesatria yang telah  gugur,  kepada  rakyat  revolusioner yang telah memberikan sokongan bernilai kepada perjuangan bersenjata revolusioner, kepada para tahanan politik ISA dan akta zalim seumpamanya, kepada pejuang-pejuang rakyat dan demokrasi generasi baru yang sedang  teguh  di pos perjuangan dan kepada se...

MAULANA SAYYID FADHILLAH KHAN AL PASAI atau LAKSAMANA KHOJA HASAN (1471 - 1570 M).

Nama beliau yang asal ialah Sayyid Fadhillah Hidayat Al Hasan.Bapa nya ialah Maulana Makdum Patakan Ibrahim Ismail bin Maulana Ahmad Syah Abdul Ghaffar bin Maulana Sayyid Baraqat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan.Beliau lahir di Samudera Pasai pada tahun 1471 M.Ibu nya ialah Syarifah Siti Musallimah binti Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan.Jadi antara Bapa dan Ibu nya ada hubungan Keluarga.Bapa nya adalah Ulama Samudera Pasai pada zaman Ratu Narishah.Beliau di didik dengan Ciri Keislaman dan tata cara Islam, guna untuk menyambung Tugas bapa atau kelurga nya di bidang Dakwah.Tetapi dari kecil lagi Beliau berminat kepada Persilatan.Memang pada zaman itu samaada anak lelaki atau perempuan di Wajib kan belajar Ugama Islam dan Persilatan.Dalam keugamaan beliau memang Arif dan dalam Persilatan juga Unggul. Pada tahun 1424 M, di zaman Sultan Muzaffar Syah Melaka, baginda menghantar Ulama dan ...