Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun. Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan tak ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari. Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya seg...